Monday, February 7, 2011

Thank You (2007)




As salam...

Hari nie aku nak bercerita lagi pasal cerita yang baru sahaja aku selesai menontonnya. Cerita ini bertajuk Thank You and sekarang nie tengah hot kat TV3 setiap hari Isnin sampai Khamis jam 3.30 petang. Disebabkan kat kampus nie susah sangat la aku nak tengok tv, ditambah plak dengan kelas, xde mase nak tercongok depan TV kat cafe tu, oleh itu, aku telah bertungkus lumus mencari laman web yang ada cerita nie untuk aku download. Huish! Panjang btol ayat aku nie. Hoho...

Disebabkan banyak laman web yang tak ble nak buka, or lebih tepat lagi, wifi kat universiti nie da sekat laman2 web yang ada video nie, terpaksa la aku ke alternatif yang terakhir iaitu pergi ke laman web www.maaduu.com (jangan lupa like kat fb)

Kalau nak download dari maaduu pon ble tapi fail die memang besar giler. 1 episod bersamaan dengan 2GB. Lagipun, aku banyak kali try download dari website nie tapi download nie mesti hang separuh jalan. So better ak watch online je. Puas hati la bagi aku cerita nie. Full of family values.

Ditambah dengan adanya Jang Hyuk yang da lama aku tak tengok dia berlakon. Memang mantap! Haha....sungguh puas hati la tengok cerita nie. And of course, cerita nie memang sedih. Well, tak la sesedih cerita Winter Sonata or Autumn in My Heart tu. Tapi cerita nie memang daebak!

Sampai sini sahaja coretan aku kali ni. Semoga berjumpa lagi. Out!

No comments:

Post a Comment