as salam..
hari ini bermulalah sudah cuti pertengahan semester a.k.a cuti Tahun Baru Cina. Kepada yang menyambut Tahun Baru Cina, Selamat Tahun Baru Cina and Happy Holiday. Disebabkan cuti ni, ramai la student2 nie pulang ke destinasi masing-masing. Aku plak lebih prefer duduk di kampus berbanding pulang ke rumah. Mesti ramai yang kata bercuti di rumah lagi best dari bercuti kat kampus. Well, aku akui benda tu tapi ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tak balik rumah.
Sebab pertama ialah kalau aku balik rumah, assignment memang takkan buat la. hmm...memang la kalau aku ada kat kampus nie, maybe jugak tak buat tapi kalau berada dalam kampus, sampai satu tahap tu, kalau da terlalu bosan, assignment tu akan terbuat jugak. Betul?
Sebab kedua ialah aku cuba untuk berjimat ketika ini. Tiket pergi balik kalau naik bas da RM80 da. Nak naik keretapi, tiket da full plak. Aku tau full sebab masa aku nak beli tiket balik uum masa tengah bulan januari tu, tiket untuk tahun baru cina sudah pun dijual. No wonder la masa aku beli tiket tu, penuh la orang kat kawasan kaunter tiket KTMB Antarabandar tu. So, aku malas la nak balik.
Sebab yang ketiga pulak ialah aku da inform awal-awal kat family aku yang aku tak balik masa cuti tahun baru cina nie. Lagipun, kitorang baru start belajar tak sampai sebulan lagi. Pastu, tetibe nak balik pulak. So better duduk sini la.
Bagi mengisi kebosanan aku setelah rumate baru aku balik ialah menonton filem la. Aku baru sahaja selesai menonton filem Korea yang bertajuk 'The Man from Nowhere'. Absolutely delicious! Delicious bukan sebab ada makanan ke apa tapi Won Bin yang berlakon sebagai watak utama dalam cerita nie is so delicious. Smart and Cool!
Mungkin bagi sesetengah orang, cerita ni agak berat dan agak sadis sebab there's a lot of blood in this movie. Memang kite asyik disajikan dengan darah yang spattered sana sini. Memula tu rase yucks juga tapi lama2, da takde perasaan. So, kepada yang takut darah tu dinasihatkan takyah la tengok movie nie. Kang xpasal pengsan.
Of course, cerita Korea tidak pernah lari dari genre yang klise iaitu sedih. Dalam kebanyakan movie Korea yang aku tengok, memang part sedih tu akan diselitkan. Well, mana ada cerita yang dari awal sampai akhir happy je kan? huhu...
I suggest this movie. Full of actions ditambah pulak dengan kemachoan Won Bin, this film worth your time. Sampai sini je la coretan saya. Out!
As salam...
No comments:
Post a Comment