Wednesday, February 23, 2011

Boring.....urrggghhh...

As salam..

Hari ini aku nak merepek je. Memandangkan sekarang nak dekat pukul 1 pagi, so korang baca je la ape yang aku repekkan nie ye. Sebab sekarang nie, minda bawah sedar da menguasai diri. Hmm...sepatutnye, skang nie aku tengah menghabiskan masa dengan menaip bait2 terakhir kesimpulan untuk assignment aku. Well, cerita pasal assignment rasenye tak pernah lepas daripada kancah kehidupan seorang pelajar universiti. Am I right?

Kadang-kadang, aku suka gak blog-walking so kalau tersinggah blog pelajar universiti, mesti tak lepas la cite pasal assignment. Ok la. Berbalik semula kepada cite assignment aku. Assignment nie kene anta sok plak. Haishh....hmm...bukan aku xbuat langsung, tapi aku xsiap lagi (tetibe). Lagipun, yg aku xsiap cume part kesimpulan je. yg laen, BERES!

So, please la doakan aku agar berjaya menyiapkan assignment nie. Erk? Assignment ape? Lupe plak nak bagitau. yg ak buat nie assignment tatabahasa. Hah! Mesti korang kate...ala, tatabahasa je kot. Kacang! hmm...kacang la sangat. rase nak pecah kapla rasenye. Once again, please pray for me okay? :D

Lagi satu isu, skang nie da merebak da la demam Kak Limah. Hah! sapekah itu kak Limah? Kak Limah nie watak dalam satu movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Ak xtengok pon cite nie. tapi coursemate aku suke btol la ulang2 dialog dalam filem nie. Aku hanye tumpang gelak je. Haha...

ok la...sampai kat sini je rapuan saye....Out!




Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

As salam...

Hari nie merupakan 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H. Hari ini juga merupakan hari yang istimewa kerana pada tarikh 12 Rabiulawal nie, Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di dunia ini.

Kita sebagai umat Islam diseru agar berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi memperingati tarikh kelahiran baginda. Tak semestinya masa Maulidur Rasul je kite berselawat, bila2 masa dan kat mana2 pon, kite kene berselawat dan juga berzikir, bertahmid dan sebagainya.

Peringatan ini bukan sahaja untuk anda semua tetapi juga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari kealpaan dan manusia juga ada membuat kesilapan. Selamat Menyambut Maulidur Rasul....=)

Sunday, February 13, 2011

The Green Hornet (2011)




As salam...

It's already 1 o'clock in the morning and i'm not sleeping yet. Tomorrow got class at 8 am. Well, today I want to share about this movie that i just finished watching a few hours ago.

The Green Hornet is just another superhero movie. So, there's a lot of action that people will expect from this kind of movie. For me, this movie is just ordinary. Nothing new. It is Iron Man-like movie. A spoiled rich son from dad's fortune and later become a superhero. Sounds cliche isn't it?

But at the same time, quite interesting. Seth Rogen and Jay Chou as far as i can see in that movie can get along quite well. However, Jay Chou seems a little awkward in that movie. Maybe because he is nervous speaking in English, I don't know.

One thing that really bring disappointment to myself is their costume. Supposely, superheroes have their own costume, aren't they? Then, why The Green Hornet doesn't have one? Put capes and some suit doesn't make you a superhero though.

But I think it doesn't matter for some people. We are seeing by far a lot of superheroes with different superhero outfits so if they don't have one, it won't hurt i guess. Keke....

I think that's all for now. Remember, it is just my opinion. That's all. Have a nice day. Out!

Tuesday, February 8, 2011

Cuba, Try, Test...

As salam...


Benda nie kawan aku yang recommend kat aku. So, feel free to try it ok? Have fun!


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?


Semua sekali penting : makan, minum, tidur, kasih sayang etc


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??

Makan tengah hari untuk hari ini.


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??

Switzerland or New Zealand. Tempat tu memang cantik! :D


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?


Kalau bercinta, memang tak la. Kalau hubungan kawan2, hmm…setakat nie Alhamdulillah berkekalan. :D


5. Adakah anda sedang dilamun cinta??

Tidak…


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??

Pak Andak CafĂ©….keke…


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Psikologi Sosial untuk subjek Psikologi Sosial

8. Apakah nama penuh kamu??

Takyah mention da kot. Kawan2 semua tau da.


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??

Dua-dua sekali.


10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

Seseorang? Xtau la plak. No one in my mind right now. :D


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.

· Norshila, bestfren paling lama sejak darjah 2.:D

· Rahman, another bestfren yg kesengalannye tahap cipan. Pun lame jugak.

· Aimi, Afiah, Ezza – bestfren aku kat UUM nie.

· Sue, Ely Ayuni – another bestfren.

· Xtau nak mention sape lagi. Semua aku anggap kawan. :P


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??

Of course. Ingat aku kaye ke nak upah orang basuhkan baju aku? Haha…


13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

South Korea and Japan.


14. Pernah menipu?

Banyak kali. Aku bukan budak baik. Hehe…tapi aku tipu demi kebaikan. :P


15. 8 perkara yang amat saya gilai?


Aku jarang la gila2 pasal benda2 nie. Tapi aku paling gila dengan lelaki hensem. Muahaha….lelaki hensem memang tak pernah lepas dari mata aku. Kah3…hmm…apa lagi ek? Xtau la. Banyak je sebenarnya. Tapi tak teringat plak.


16. Pelukan atau ciuman??

Doesn’t matter. Tapi aku geli la cium2 nie. Haha…


17. 8 perkataan yang sering diucapkan??

- Ade aku kesah

- So?

- Malas la

- Ye la tu

*ade lagi sebenarnye tapi tak ble nak mention kat sini. :P


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

· Harry Potter and The Chamber of Secret

· Theory and Practice Counseling

· Harry Potter and the Philosopher Stone

· Nighttime is My Time

· Tastefully Small Dessert Canapes

· Killjoy

*aku tak ingat da…nie kot yg paling latest…


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali?

Lullaby – Daichi Miura

Possibility – Boa ft Daichi Miura

The Answer – Daichi Miura

Karma – NLT

Yesterday – NLT

Impossible – Shontelle

It’s You – Sung Si Kyung ft IU

So What Can I Do – Seung Ri

20. Mari men'TAG' 8 orang lain..

Sila tag diri sendiri. Thank You. Eh, jangan lupe plak try. :DD


Sampai sini je repekan saya...Out!

Monday, February 7, 2011

Thank You (2007)




As salam...

Hari nie aku nak bercerita lagi pasal cerita yang baru sahaja aku selesai menontonnya. Cerita ini bertajuk Thank You and sekarang nie tengah hot kat TV3 setiap hari Isnin sampai Khamis jam 3.30 petang. Disebabkan kat kampus nie susah sangat la aku nak tengok tv, ditambah plak dengan kelas, xde mase nak tercongok depan TV kat cafe tu, oleh itu, aku telah bertungkus lumus mencari laman web yang ada cerita nie untuk aku download. Huish! Panjang btol ayat aku nie. Hoho...

Disebabkan banyak laman web yang tak ble nak buka, or lebih tepat lagi, wifi kat universiti nie da sekat laman2 web yang ada video nie, terpaksa la aku ke alternatif yang terakhir iaitu pergi ke laman web www.maaduu.com (jangan lupa like kat fb)

Kalau nak download dari maaduu pon ble tapi fail die memang besar giler. 1 episod bersamaan dengan 2GB. Lagipun, aku banyak kali try download dari website nie tapi download nie mesti hang separuh jalan. So better ak watch online je. Puas hati la bagi aku cerita nie. Full of family values.

Ditambah dengan adanya Jang Hyuk yang da lama aku tak tengok dia berlakon. Memang mantap! Haha....sungguh puas hati la tengok cerita nie. And of course, cerita nie memang sedih. Well, tak la sesedih cerita Winter Sonata or Autumn in My Heart tu. Tapi cerita nie memang daebak!

Sampai sini sahaja coretan aku kali ni. Semoga berjumpa lagi. Out!

Friday, February 4, 2011

One Piece The Movie 10 : Strong World..


As salam...

Hari nie aku nak cite pasal movie yang baru sahaja selesai aku tengok. One Piece nie telah menjadi kegilaan aku semasa aku di sekolah menengah. Bagi aku, masa sekolah menengah tu agak lambat bagi aku mengetahui wujudnya cite ni kat dunia. Anime One Piece nie telah mula diterbitkan masa tahun 1999. Kalau tak salah aku la. Huhu....biasanya aku tengok the series punya. Kali nie aku nak bertukar angin plak dengan menonton movie dia plak.


Macam jugak series, cerita One Piece nie kadang2 akan tekankan satu2 karakter pada satu masa. So dalam Strong World nie, watak yang ditekankan ialah watak Nami. Ada satu kuasa jahat yang dinamakan Shiki. Shiki nie merupakan crew mate kepada Gold D. Roger. Roger nie merupakan pirate yang paling hebat la tapi da mati dipancung sebab die pirate (of course!). Oh ye! Roger nie digelar King of Pirate and dia ada simpan harta karun yang sangat banyak (maybe) kat satu tempat yang takde orang tau. Harta tu la yang dinamakan sebagai One Piece. Banyak la orang mati disebabkan nak cari harta tu. Ini cam a little bit info daripada cerita dia la.

Okay sambung balik. Shiki nie memang kejam la sampai banyak la orang jadi mangsa dia. Oh ye. Lagi satu, dia ada kuasa Devil Fruit gak. Sama macam Luffy. Kuasa Shiki nie adalah dia boleh mengawal graviti. Bayangkan la kuasa dia dalam movie nie. So, macam biasa la. Orang baik mesti akan tolong orang2 yang lemah untuk fight orang jahat. Sama la jugak macam Luffy and the gang. Shiki nie sebenarnya amat2 la berkenan dengan Nami sebab Nami ni merupakan the best navigator yang Shiki pernah jumpa. Sampai Luffy and crew kena tipu dengan Shiki semata2 nak dapatkan Nami.

Hm...nampaknya aku memang tak pandai bercerita. Tapi aku harap korang dapat la nampak apa yang aku cuba sampaikan mengenai movie nie. Kalau nak dapatkan cerita nie, boleh la pergi ke laman web yang aku sertakan nie ye. Bukan setakat One Piece je, anime2 lain pon ade.

Nie linknye...


Sampai sini saja coretan aku. Thanks and have a nice day.


Wednesday, February 2, 2011

mAcAm - MaCaM


as salam..

hari ini bermulalah sudah cuti pertengahan semester a.k.a cuti Tahun Baru Cina. Kepada yang menyambut Tahun Baru Cina, Selamat Tahun Baru Cina and Happy Holiday. Disebabkan cuti ni, ramai la student2 nie pulang ke destinasi masing-masing. Aku plak lebih prefer duduk di kampus berbanding pulang ke rumah. Mesti ramai yang kata bercuti di rumah lagi best dari bercuti kat kampus. Well, aku akui benda tu tapi ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tak balik rumah.

Sebab pertama ialah kalau aku balik rumah, assignment memang takkan buat la. hmm...memang la kalau aku ada kat kampus nie, maybe jugak tak buat tapi kalau berada dalam kampus, sampai satu tahap tu, kalau da terlalu bosan, assignment tu akan terbuat jugak. Betul?

Sebab kedua ialah aku cuba untuk berjimat ketika ini. Tiket pergi balik kalau naik bas da RM80 da. Nak naik keretapi, tiket da full plak. Aku tau full sebab masa aku nak beli tiket balik uum masa tengah bulan januari tu, tiket untuk tahun baru cina sudah pun dijual. No wonder la masa aku beli tiket tu, penuh la orang kat kawasan kaunter tiket KTMB Antarabandar tu. So, aku malas la nak balik.

Sebab yang ketiga pulak ialah aku da inform awal-awal kat family aku yang aku tak balik masa cuti tahun baru cina nie. Lagipun, kitorang baru start belajar tak sampai sebulan lagi. Pastu, tetibe nak balik pulak. So better duduk sini la.

Bagi mengisi kebosanan aku setelah rumate baru aku balik ialah menonton filem la. Aku baru sahaja selesai menonton filem Korea yang bertajuk 'The Man from Nowhere'. Absolutely delicious! Delicious bukan sebab ada makanan ke apa tapi Won Bin yang berlakon sebagai watak utama dalam cerita nie is so delicious. Smart and Cool!

Mungkin bagi sesetengah orang, cerita ni agak berat dan agak sadis sebab there's a lot of blood in this movie. Memang kite asyik disajikan dengan darah yang spattered sana sini. Memula tu rase yucks juga tapi lama2, da takde perasaan. So, kepada yang takut darah tu dinasihatkan takyah la tengok movie nie. Kang xpasal pengsan.

Of course, cerita Korea tidak pernah lari dari genre yang klise iaitu sedih. Dalam kebanyakan movie Korea yang aku tengok, memang part sedih tu akan diselitkan. Well, mana ada cerita yang dari awal sampai akhir happy je kan? huhu...

I suggest this movie. Full of actions ditambah pulak dengan kemachoan Won Bin, this film worth your time. Sampai sini je la coretan saya. Out!

As salam...