As salam....
yay! ahaha....nampaknye tinggal satu paper je lagi sebelum semester nie tamat. Gembira rasanya dapat habiskan paper exam untuk sem nie. huh! Tak sangke betol paper untuk subjek2 sem nie amatlah susah. belum lagi masuk paper last. agak2 paper last macam mane ye?
baru-baru nie, aku exam dua paper. paper pertama paper untuk subjek Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Overall bagi subjek nie pasal langkah-langkah yang perlu diambil sebelum nak buat paper exam. Nampak tak gambaran tu? Hehe.......oh, paper nie berlangsung masa 2hb Disember. Paper nie nak kata susah, boleh la sebab paper nie sepatutnye kitorang amik mase semester 5 nanti. Tapi disebabkan tak cukup jam kredit, so kene amik jugak la paper nie. Bagi aku, paper nie agak susah sebab masuk pasal pemansuhan UPSR dan PMR. Well, aku tak baca langsung pasal benda tu so tak boleh la nak jawab sangat.
Paper seterusnya which was berlangsung 4hb ialah paper untuk subjek Personaliti. Dari nama subjek tu, mesti korang da boleh agak subjek nie berkenaan dengan ape? Yes! That's right. Belajar mengenai personaliti manusia. Tapi kebanyakannya berdasarkan teori la dan juga kecelaruan personaliti yang ada kat dunia nie. Bagi pendapat aku, paper bagi subjek nie agak mudah berbanding dengan paper Teori dan Praktis Kaunseling sebelum nie. Lagipun, bagi dua2 paper nie, kami menggunakan lecturer yang sama. So, soalan dia kitorang expect mungkin lebih kurang sama je susahnya. Tapi ada yang kata Teori lebih senang. Tapi bagi aku, Personaliti lebih mudah bagi aku untuk menjawabnya.
Ape2 pun, aku tak rasa boleh kekalkan pointer seperti sebelum-sebelum nie. Sebabnya, semua subjek semester nie agak susah. Paper yang kitorang expect cam boleh jawab pun rasa cam kantoi je jawab. Ape2 pon, aku redha dengan sume nie. Sekarang nie pun hanya boleh bertawakal kepada yang Maha Esa. Lagipun, aku semakin main-main semester nie so sebab tu aku rase aku xdapat nak kekalkan pointer. Sampai sini je ye penulisan aku untuk pagi ini. Terima kasih kerana sudi membaca. :D
As Salam...
No comments:
Post a Comment